BINTANG Running Man Kim Jong Kook dan HaHa bakal hadir ke Malaysia untuk bertemu peminat pada Mac depan.

Berita gembira ini diumumkan oleh penganjur Macpiepro menerusi projek Macpiepro Crazy 20.

HaHa dan Kim Jong Kook yang juga merupakan seorang penyanyi bakal mempersembahkan lagu solo dan duet menerusi persembahan sulung mereka di Malaysia.

Konsep nyanyian Kim Jong Kook yang berentak balada dan gaya muzik reggae HaHa pasti menghasilkan gabungan muzik hebat untuk peminat mereka.

Lebih istimewa lagi, pentas itu akan dihangatkan dengan penampilan istimewa penyanyi reggae popular dari Korea Selatan, Skull.

HAHA & KIM JONG KOOK CONCERT IN 2019 akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 Mac 2019, jam 6 petang.

Tiket konsert boleh dibeli secara ‘offline’ mulai 19 Januari (12pm) hingga 20 Januari di kedai gaya hidup digital Mcalls di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran

Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall Johor Bahru dan Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang.

Selain kedai gaya hidup digital Mcalls, tiket konsert juga boleh dibeli secara online di laman web MacpiePro mulai 21 Januari 2019 (12pm).

Tiket boleh didapati dengan harga RM153 (Zon Biru), RM243 (Zon Hijau), RM333 (Zon Ungu), RM453 (Zon Kuning) dan RM493 (Zon Merah).

Dalam pada itu, demi merealisasikan misi “STRESS-FREE MUSIC”, MacpiePro telah bekerjasama dengan Mcalls untuk memberi lebih banyak diskaun menarik kepada peminat.

Bagi Fans yang membeli Mcalls HITS Plan dan HITS Deal, mereka berpeluang mendapatkan tiket HAHA & KIM JONG KOOK CONCERT IN 2019 pada harga diskaun.

Untuk maklumat lanjut layari laman web Mcalls.