Tutup

Kolaborasi Hazama, Tun Mahathir dalam Anak Bangsa Malaysia

Kolaborasi Hazama, Tun Mahathir dalam Anak Bangsa Malaysia
Hazama sifatkan peluang bekerjasama dengan Dr Mahathir satu penghargaan buatnya sebagai anak seni.
PENYANYI terkenal, Hazama mengumumkan bakal muncul dengan single terbaharu berkonspekan lagu patriotik bertajuk, Anak Bangsa Malaysia.

Apa yang membuatkan Hazama sangat teruja dengan projek ini ialah dia diberi kesempatan bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Hazama, proses rakaman lagu berkenaan telah selesai dilakukan termasuk memasukkan suara Dr Mahathir.

"Lagu ini telah siap direkodkan namun saya masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan Tun (Dr Mahathir).
"Proses seterusnya adalah rakaman muzik video dan kami (pihak produksi) cuba untuk mendapatkan penglibatan Tun dalam muzik video ini.

"Saya sendiri secara peribadi mahu bertemu dengan Tun kerana beliau merupakan pemimpin dunia yang dihormati," katanya kepada Gempak ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video Peneman di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa.
Kata Hazama, lagu Anak Bangsa Malaysia bakal dilancarkan sempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia sekitar Ogos ini.

Kesempatan bekerjasama dengan negawaran ulung dunia itu disifatkan Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi sebagai satu penghargaan buatnya sebagai anak seni.

"Saya berdiri atas nama seni, saya juga tidak melibatkan diri dengan mana-mana fahaman politik. Saya sentiasa hormati sesiapa sahaja yang menjadi ketua negara," kata penyanyi itu lagi.


Tag: Kolaborasi Hazama Tun Mahathir, Anak Bangsa Malaysia, Hazama, Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, penyanyi, kemerdekaan, Hari Malaysia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.