Dalam usaha membangkitkan kenangan silam irama pop yeh yeh dan memelihara irama nostalgia 60-an, Istana Budaya (IB) sekali lagi menganjurkan Konsert Gegar Pop Yeh Yeh yang akan berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka pada 4 hingga 5 Ogos ini.
Persembahan yang dijadualkan berlangsung kira-kira dua jam itu akan dihiburkan oleh artis legenda seperti Datuk A. Rahman Hassan, Datuk L. Ramli, Datuk Jeffrydin, J. Sham, Maria Bachok, A. Rozaini, Ebby Yus dan penyanyi muda Aiman Tino.
Konsert muzik era 60-an kali kedua diadakan dalam tahun ini bakal menyajikan hampir 30 lagu buat penonton, antaranya dendangan lagu malar segar yang diiringi muzik 'live' oleh kombo Orkestra Tradisional Malaysia IB termasuk beberapa lagu popular bahasa Inggeris seperti 'Oh Carol', 'Young Ones' dan 'Yesterday'.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Ab Ghaffar A Tambi berkata irama yang dianggap terpinggir itu perlu diangkat kembali dan diteruskan supaya ia tidak lapuk ditelan zaman sekali gus menarik minat generasi muda untuk mengenali dan menghargainya.
"Kini masanya kita segarkan kembali masa kegemilangannya yang penuh dengan gelagat dan tarian yang dibawa oleh mereka mengikut gaya tersendiri, saya yakin peminat muzik era 60-an ini pasti ternanti-nanti konsert ini," katanya pada sidang media konsert tersebut di IB hari ini.
Beliau berkata pemilihan Panggung Bangsawan Melaka sebagai lokasi pementasan konsert itu merupakan pendekatan perkongsian pintar antara IB dengan Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI).
Sementara itu, Pengurus Besar CMI Ab Rahman Ismail berkata kolaborasi bersama IB secara langsung dapat memperkenalkan panggung wayang tertua di Melaka itu sebagai pusat seni muzik dan intelektual yang berprestij tinggi serta menjadikannya sebagai ikon pelancongan.
"Konsert ini juga memberi peluang kepada pelancong domestik dan asing untuk menyaksikan persembahan Pop Yeh Yeh yang julung-julung kali diadakan di Panggung Bangsawan Melaka," katanya sambil menambah panggung itu mampu memuatkan 410 penonton dalam satu masa.
Tiket konsert berharga RM40 hingga RM150 itu boleh diperoleh di Pejabat CMI, Menara MITC atau menempah melalui talian 06-2346617 (pejabat), 012-3670281 (Fuziah) dan 016-6009282 (Jaja).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2017
Barisan penyanyi yang bakal beraksi pada persembahan Konsert Gegar Pop Yeh Yeh di Panggung Bangsawan Melaka pada 4 hingga 5 Ogos ini. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Istana Budaya bawa Teater Muzikal Hang Li Po ke pentas Encore Melaka
Pementasan teater muzikal itu dihidupkan kembali sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Istana Budaya anjur Festival Laman Santai Malaysia Madani terbesar tahun ini
Istana Budaya sentiasa bersifat terbuka dan komited dalam menyatupadukan masyarakat hingga ke akar umbi tanpa mengira bangsa.
Istana Budaya tawar konsert muzik klasikal Harga Rahmah
Peminat orkestra muzik klasik berpeluang menonton konsert A Celebration of Classical Music Lambang Sari Series 2023 diIstana Budaya dengan harga serendah RM30.
SOP baharu sewaan Istana Budaya berjaya atasi masalah hutang tertunggak
Antara SOP yang ditetapkan ialah setiap syarikat produksi perlu membuat pembayaran penuh sebelum membuat persembahan atau pementasan.
DBKL yakin KL Park Festival 2023 dapat sambutan
DBKL yakin acara KL Park Festival 2023 yang berlangsung bermula esok di Taman Tasik Titiwangsa, di sini mendapat sambutan meskipun keadaan cuaca kini tidak menentu.
Istana Budaya catat kutipan RM6.144 juta pada 2022
Istana Budaya mencatatkan penjualan kutipan tiket sebanyak RM6.144 juta hasil daripada 15 program dan 39 pementasan yang dipertontonkan sepanjang 2022.
'Kalau konsert artis luar penuh...' - Erma Fatima kesal program keagamaan tak dapat sambutan
Erma berkata, bukan mudah untuk menganjurkan program sedemikian apatah lagi yang berbayar.
Aura Search 'gegarkan' Istana Budaya
Sentuhan kumpulan rock legenda tanah air, Search ternyata masih berbisa menerusi konsert yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Ahad.
Menjejak nostalgia kembara Search di Istana Budaya
Ahad ini, kumpulan rock legenda negara akan mengadakan konsert istimewa dalam pementasan Search Rock On 40.
Rock On 40: Kumpulan Search gegar pentas Istana Budaya 4 Disember
Kumpulan rock legenda, Search bakal muncul dalam Konsert Search Rock On 40 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 4 Disember ini.