KRU kembali hasilkan single terbaru, Datuk Afdlin Shauki bakal artis baru KRU?

KRU kembali hasilkan single terbaru, Datuk Afdlin Shauki bakal artis baru KRU?
Datuk Afdlin Shauki bakal artis baru KRU? - Foto: IG @afdlinshaukiofficial & edryabdhalim
KEPUTUSAN KRU membubarkan kumpulan mereka selepas 25 tahun berjuang dalam industri muzik tempatan sememangnya memberi tamparan hebat pada peminat tapi nampaknya salah seorang anggota mereka, Edry Abdul Halim membawa berita gembira.

Menerusi satu status yang dikongsi abang Edry iaitu Datuk Norman di media sosial semalam menyatakan Edry sedang menyiapkan single pertama di bawah label KRU Entertainment UK yang berpusat di Manchester, United Kingdom.

Pada awal bulan lalu, label tersebut ada mengumumkan hasrat mereka mahu mencari bakat baru menerusi uji bakat yang akan diumumkan kelak. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@edryabdhalim working on the first single for @kru.entertainment.uk coming soon

A post shared by Norman Abdul Halim (@norman_abdhalim) on


Nyata, status Norman itu mengundang tanda tanya pada peminat KRU sendiri mengenai kumpulan rap terkenal itu sama ada bakal kembali membuat 'comeback' atau sebaliknya.
"Ingatkan abg Edry dah bersara dr muzik.. hehee... Terbaik la... All the best abang abang Kru," kata netizen yang dikenali sebagai @rizanarashid.

Status itu berserta gambar Edry yang sedang bekerja dalam sebuah studio menarik perhatian netizen termasuk rakan artis sendiri.

"Nak jadi artis kru boleh takkk?," komen Datuk Afdlin Shauki.

Mungkin ia hanya gurauan, Norman turut membalas komen Afdlin dengan menyatakan agar rakannya itu berjumpa dengan Edry di Manchester.

Teks oleh: Elrafaei Sapi