Lady Gaga memulakan langkah untuk membantu golongan remaja bermasalah menerusi yayasannya, "Born This Way".

Dia ingin mencegah remaja dari menjadi mangsa buli, sakit mental dan bunuh diri.

Sebuah bas yang dinamakan "Born Brave Bus" bakal mengikuti Gaga sepanjang misinya di Amerika Syarikat.

Remaja-remaja terpilih dapat mengikuti program itu tanpa perlu membayar yuran atau tiket.

Selain Gaga, yayasan itu turut mendapat kerjasama badan amal lain untuk memberi khidmat kaunseling.

Penyanyi berusia 26 tahun itu pernah menerima Geran Keamanan John Lennon-Yoko Ono pada Oktober lalu.

Namun, dia menyerahkannya kepada yayasan AIDS/HIV Elton John yang menurut Gaga, lebih memerlukan.