KUMPULAN Chilok menjadi peserta paling menyerlah pada program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) yang berlangsung pada minggu lalu.

Berdepan cabaran tema muzikal, Chilok yang dianggotai Mohd Ilham Rusdy (Achok) bersama Mohd Kamal Shah Saharuddin (Kamal Sumbu) dan Mohd Azwan Sabri (Chiwan) nampaknya berjaya menyakinkan juri dengan persembahan mereka.

Juri tetap, Remy Ishak memuji persembahan jenaka Chilok yang membawa kisah berbeza bersama lagu yang menghiburkan.

"Lagu berterusan dalam cerita yang sama. Masalah flat tak ke laut pun, masih kat dalam situ.

"Lagu tak perlu cari yang tengah viral tapi korang tukar lirik kena dengan situasi di flat," katanya.

Bagi Remy, aksi Chilok pada minggu keenam kali ini disifatkan sebagai persembahan muzikal yang sebenar bersama jalan cerita yang tidak sesat.

"Mereka tidak terlalu gopoh, saya suka dengan mereka punya 'story', tak gopoh sangat nak bagi, ini untuk punchline 5 ha," katanya.

Jangan lupa menonton MLM 2018 pada setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.