HAMPIR tiga tahun kelibat Hafiz Suip tidak kelihatan dalam gelanggang industri muzik tanah air.
'Kehilangan' juara Akademi Fantasi (AF) musim ke-7 ketika namanya gemilang di puncak menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.
Apa punca Hafiz menyepi dari bidang seni suara? Benarkah penyanyi berusia 29 tahun itu sudah mula kehilangan pengaruh?
Dalam satu pertemuan dengannya baru-baru ini, penyanyi kelahiran Sarawak itu menjawab persoalan yang diajukan kepadanya.
Mengakui namanya agak 'tenggelam' dalam lambakan penyanyi baharu, Hafiz berkata, menyepi dari bidang nyanyian bukanlah pilihannya.
Sebaliknya, dia yang pernah masyhur dengan lagu Bahagiamu Deritaku dan Awan Nano berkata, sepanjang tiga tahun 'menghilang' itu dia melalui jalan yang sukar dalam mencari ilham untuk menulis lagu.
Dalam nada yang sebak dan luluh, Hafiz mendedahkan bagaimana fasa itu tambah memeritkan apabila beberapa kali lagu yang digubahnya tidak diterima untuk dipasarkan.
“Apabila saya bagi lagu saya (kepada syarikat rakaman) sesetengah pihak mengatakan lagu itu bukan untuk pendengar-pendengar zaman sekarang. Saya tidak tahu apa penyelesaiannya.
“Namun, saya percaya semua yang berlaku bergantung pada rezeki... ada masa kita berada di bawah dan ada masa kita berada di atas,” kata Hafiz berkongsi perasaan dengan Astro AWANI.
Ketika industri hiburan dibanjiri dengan bintang-bintang baharu yang digelar sebagai ‘Budak Baharu Nak Up’ (BBNU), Hafiz tidak pula gelisah atau berkecil hati hanya kerana golongan itu mengambil alih kedudukannya dan sebilangan rakan-rakannya.
Sebaliknya, sebagai seorang yang berfikiran positif, Hafiz yang juga bapa kepada Muhammad Riyadh Zefri, 2, berkata, fenomena BBNU merupakan suatu yang positif untuk perkembangan industri muzik.
“Untuk menaikkan nama memang senang tetapi untuk kekal berada di atas sesuatu yang mencabar dan itu merupakan cabaran besar di dalam industri hiburan pada hari ini,” ujar Hafiz lagi.
Dalam pertemuan itu, Hafiz turut berkongsi mengenai single terbaharunya berjudul Kisah Cinta Kita yang disifatkannya sebagai buah tangan sempena kemunculan semulanya dalam arena seni suara.
Single ciptaan Ayden Ali dan Ikhwan Fatanna itu sudah dua bulan dipasarkan secara digital.
Sementara muzik video lagu berkenaan yang dimuat naik di laman YouTube sehingga kini telah meraih jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta.
Kepada peminat-peminat Hafiz, anda kini berpeluang menonton penyanyi kesayangan anda mencuba nasib sebagai pembaca berita.
Di saluran Astro AWANI, Hafiz menyertai rakan-rakan artis popular lain sebagai penyampai berita kisah-kisah masyarakat dalam slot Komuniti AWANI pada setiap malam pada jam 8:15 malam.
Faris Danial Razi
Wed May 08 2019
Hafiz Suip menyertai beberapa artis popular muncul sebagai penyampai berita undangan di saluran Astro AWANI. - Gambar Astro AWANI
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.