MALANG menimpa bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Lan yang kini mengalami keracunan makanan teruk hingga menyebabkan buasir.

Kata Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yusof, dia mulai sakit perut sejak malam tadi dan melarat hingga hari ini.

"Saya kena keracunan makanan dan cirit-birit sejak malam tadi hingga melarat menjadi buasir.

"Keadaan ini menyukarkan saya berjalan hingga terpaksa dipapah dan berkerusi roda.

"Saya harap kesihatan akan kembali pulih seperti sedia kala dan meneruskan sesi latihan esok. Doakan saya cepat sembuh," katanya kepada Astro Gempak.

BACA: Dengan rasminya saya mohon undur diri dari Kristal - Lan

Lan juga merayu agar peminat tidak menjadikan masalah kesihatannya sebagai peluang meraih simpati.

"Jangan fikir saya mahu raih simpati. Saya akan terus berjuang untuk GV4 sepertimana penyanyi lain," tambahnya.

Pada minggu keenam, Lan bakal menyampaikan lagu Pahit Akan Manis Akhirnya (nyanyian asal U.K's).

Sori.. gambo2 kepit kaki akan menemani korang sepanjang program utk hari ni..huhu . . #yangtautupahamler