Seorang pakar perundangan pekerjaan mendedahkan menerima lebih 220 panggilan daripada kalangan pekerja meminta diberi cuti belas kasihan susulan pengumuman Zayn Malik meninggalkan kumpulan One Direction.

Pengarah Undang-Undang Perjawatan Peninsula, Alan Price berkata “ia situasi yang sukar difahami.”

Pengumuman itu dikatakan telah mencetus beratus-ratus permohonan kepada Perkhidmatan Nasihat Majikan, Peninsula yang beroperasi di Manchester.

“Walaupun saya bersimpati dengan peminat One Direction, Saya tak rasa ini melayakkan mereka untuk mendapat cuti belas kasihan,” kata Price kepada Manchester Evening News melalui Twitter.


“Jika pekerja begitu terkesan dengan isu ini, eloklah minta cuti biasa, tapi cuti belas kasihan hanya dibenarkan jika berlaku kematian dalam kalangan waris terdekat.

“Lainlah kalau pekerja itu tidak tahu dia ada pertalian keluarga dengan Zayn Malik."