Seramai 52 selebriti menjadi ‘supir’ atau pemandu dalam satu aktiviti amal anjuran Uber bagi mengumpul dana secara besar-besaran untuk disalurkan kepada 31 badan amal.

Syarikat penempahan pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar itu berganding bahu dengan syarikat pengeluar kenderaan terkemuka Volkswagen untuk menjayakan aktiviti tersebut.

Perkhidmatan tersebut berlangsung sekitar jam 10 pagi sehingga 5 petang, Jumaat.

Ramai peminat dilihat tidak melepaskan peluang menggunakan perkhidmatan Uber yang dipandu oleh selebriti-selebriti ini bersama kereta tajaan Volkswagen.

Selebriti yang terlibat turut berkongsi keseronokan membawa peminat mereka ke destinasi sekitar ibu kota di media sosial melalui hashtag #ubervwdrive.

Antara yang mengambil bahagian adalah Yasmin Hani dan suaminya, Shaarin Razali, Afdlin Shauki, Lisa Surihani, Yusry KRU, Dynas Mokhtar, Sazzy Falak, Kudsia Kahar, dan Nash Idrus.

uber



uber



uber



uber



uber



uber



uber



uber



Uber merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar.

Ditubuhkan pada 2009, ia menawarkan perkhidmatan di lebih 200 bandar raya di serata dunia.

Perkhidmatan ini mula memasuki pasaran Asia pada Februari pada tahun lepas di Singapura dan seterusnya di Kuala Lumpur pada Oktober tahun lepas secara atas talian melalui laman sesawang www.uber.com/cities/kuala-lumpur.