Menggunakan dialek negeri sembilan dalam single-nya, Waris mengakui muziknya kini semakin diterima penggemar muzik massa.

Single keduanya, ‘Botingkek’ hasil kolaborasinya bersama Dj Fuzz dan Juzzthin.

Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias mengakui meminati kumpulan rap Wutang-Clan yang mengetengahkan budaya dalam nyanyian mereka.

Selepas kejayaan single pertama, "Rembau Most Wanted", Waris mengundang Juzzthin yang juga teman senegerinya untuk berduet.

Tidak menyangka menerima respon positif peminat Waris dan Juzzthin bersyukur namun ingin terus mencabar diri dalam bidang seni ini.

Waris dan Juzzthin bernaung di bawah syarikat rakaman milik Dj Fuzz ‘Mixology Music’.