ARMYPEDIA, satu arkib digital yang merangkumi semua perkara mengenai BTS oleh ARMY, akan dilancarkan secara sepenuhnya tidak lama lagi.

Namun, untuk mendapat akses ke arkib tersebut, peminat-peminat BTS ataupun ARMY harus selesaikan puzzle (susun suai gambar) sebanyak 2,080 keping yang disorok di pelbagai bandar sekitar dunia bermula daripada 25 Februari.

Kesemua 2,080 keping puzzle itu sepadan dengan 2,080 hari sejak kali pertama BTS debut di pentas muzik pada 13 Jun 2013 sehingga ke 21 Februari 2019 iaitu sehari sebelum pelancaran ARMYPEDIA.

Bagi setiap keping puzzle, ia padan dengan satu hari dalam sejarah BTS disertai dengan satu QR code yang harus dirungkai oleh peminat mereka.



Bukan hanya di media sosial, BTS turut memaparkannya di papan iklan terletak di tujuh bandar termasuk New York, Los Angeles, London, Paris dan Hong Kong.

Setiap papan iklan merupakan salah satu daripada 2,080 keping puzzle yang berbentuk rupa QR code disertai dengan satu tarikh tertentu.

Sekiranya peminat sudah menjumpai satu keping puzzle itu, mengesan QR code berkenaan dan berjaya menjawab satu soalan kuiz mengenai BTS, semua ARMY di seluruh dunia dibenarkan untuk memuat naik ‘memori’ mengenai kumpulan itu yang berkaitan dengan tarikh yang tertera.

Apabila semua keping puzzle dilengkapkan, akhirnya arkib digital itu boleh dipenuhi oleh semua ARMY sedunia.

Ia merupakan cara yang amat kreatif bagi BTS untuk crowd-source semua gambar, video dan apa-apa jenis media bagi mengumpulkan satu diari secara kolektif.

Maklumat lanjut boleh didapati di akaun Twitter rasmi ARMYPEDIA seperti berikut: