Linda Onn kini hamil.

Ya, berita gembira itu dikongsikan oleh penyampai radio terkenal itu menerusi akaun Instagramnya pada Jumaat.

"Buat semua peminat2 dan kawan2 Linda yang tersayang. Sesuatu untuk Linda kongsikan dengan you all. The best thing in my life. Nantikan LO junior..coming soon!! Syukur Alhamdulillah," dedahnya menerusi entri tersebut.

Selain itu, turut dimuat naik ialah gambar perutnya yang menunjukkan dia sedang berbadan dua.



Selepas memuat naik gambar tersebut, entrinya dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.

Linda Onn dan suami, Ungku Azhar mendirikan rumah tangga pada Disember 2013.