Berita  |  Hiburan

Logan bakal ditayang pada Festival Filem Berlin

Logan bakal ditayang pada Festival Filem Berlin
Filem logan, merupakan filem ketiga menampilkan Jackman selaku adiwira Wolverine.
FILEM sekuel Wolverine, Logan, disenarai antara filem yang akan ditayangkan pada Festival Filem Antarabangsa Berlin.

Filem lakonan Hugh Jackman itu diumumkan antara 13 filem lain untuk tayangan perdana di festival berkenaan yang akan bermula 9 februari depan.

Filem logan, merupakan filem ketiga menampilkan Jackman selaku adiwira Wolverine.

Diarahkan James Mangold, Logan menampilkan watak adiwira itu yang semakin berusia.


Kali ini, Logan mempunyai tugas berat melindungi seorang kanak-kanak yang mempunyai kuasa istimewa.

Anugerah terunggul Festival Filem Berlin dijangka diumumkan pada 18 Februari, 2017.