Macam movie lah, netizen tak sabar nak tonton muzik video Ismail Izzani

Macam movie lah, netizen tak sabar nak tonton muzik video Ismail Izzani
Muzik videonya akan dilancarkan pada Jumaat,19 Januari - FotoWorld Peace Entertainment - YouTube
KUALA LUMPUR: Meremang bulu roma!

Itu sahaja yang boleh digambarkan apabila peminat pertama kali menonton teaser lagu terbaharu daripada Ismail Izzani, Save Me. 

Teaser yang telah dimuat naik oleh World Peace Entertainment, sebenarnya ialah Muzik Video terbaharu dari Ismail.
Ismail,19, yang juga popular dengan lagu Bidadari dan Luar Biasa ini, telah menghasilkan sebuah lagu berbahasa Inggeris buat peminat setianya.

Teaser muzik video yang dihasilkan oleh MTAS Production itu telah mendapat reaksi yang sangat positif dari semua peminat Ismail Izzani atau lebih dikenali sebagai Oppa Jani.

Antara reaksi peminat apabila menonton teaser muzik video Save Me

Kebanyakan peminat menyangka muzik video ini seperti sebuah seperti filem

Sejak lagu ini dilancarkan dua bulan lepas, lagu ini telah mendapat tontonan lebih 600 Ribu dan 20 Ribu tanda suka di Youtube.

Muzik video itu yang juga menampilkan penyanyi dan pelakon, Naim Daniel akan dilancarkan pada Jumaat,19 Januari.

Melalui kapsyen yang dikeluarkan oleh di Youtube rasmi World Peace Entertainment, pada 19 Januari ini bukan sahaja muzik video malah akan ada filem pendek yang akan dilancarkan. 



Tag: Ismail Izzani, Save Me, MTAS Production, Youtube, Muzik Video


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.