Tutup

Maher Zain puji Wan Azizah, Anwar Ibrahim

Maher Zain puji Wan Azizah, Anwar Ibrahim
Maher Zain meluangkan masa bersama Dr Wan Azizah dan Anwar Ibrahim di kediaman mereka di ibu negara. - Facebook Maher Zain
KUALA LUMPUR: Penyanyi antarabangsa, Maher Zain, berbesar hati apabila berpeluang bertemu dan meluangkan masa dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan itu dilaporkan berlangsung pada Sabtu di kediaman Dr Wan Azizah di ibu negara.

Maher yang kini berada di Malaysia untuk konsert jelajah di seluruh negara, memuat naik penghargaan di atas kesempatan yang diberikan itu ke akaun laman sosial miliknya.

 

"Saya berbesar hati untuk meluangkan sedikit masa hari ini dengan Dr Wan Azizah," tulis Maher.
TONTON: Maher Zain kembali bertemu peminat dalam konsert siri jelajah sulung 

Penyanyi lagu 'Insya Allah' itu juga turut memuji personaliti Anwar yang disifatkan mampu memberi banyak sumbangan kepada pembangunan ummah.
"Beliau adalah seorang individu yang mampu memberi sumbangan kepada umat Islam dan saya harap beliau berjaya.

"Malaysia bernasib baik kerana mempunyai pemimpin dinamik seperti beliau," tulis Maher lagi.

BACA: Maher Zain bakal lancar dua single dalam masa terdekat 

 


Maher Zain, artis Sweden keturunan Lubnan, ketika ini sedang mengadakan siri konsert jelajah 'Maher Zain Malaysia Tour 2019' yang bermula pada Sabtu.

Bermula di Axiata Arena, Kuala Lumpur, konsert itu akan turut diadakan di Pasir Gudang, Johor (15 Mac), Spice Pulau Pinang (16 Mac) dan Universiti Malaysia Sabah (17 Mac).



Tag: Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail, Islam, Allah, Perdana Menteri, konsert, Timbalan Perdana Menteri, Maher Zain



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.