SEBELUM ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, pernah menjadi bualan ramai apabila meninggalkan komen di Instagram pemain bola sepak terkemuka, Christiano Ronaldo.
Kali ini, penyanyi nasyid, Fakhrul Radhi, menarik perhatian apabila melakukan perkara yang sama di akaun Instagram rasmi kumpulan pop popular era 90an, Backstreet Boys (BSB).
Apa yang mencuit hati, Fakhrul yang merupakan anggota kumpulan nasyid UNIC itu meninggalkan komen dalam bahasa Melayu dengan dialek utara, pada entri ucapan ulang tahun kelahiran salah seorang anggota BSB, Nick Carter.
"Happy birthday bro, mai Malaysia roger aku, kita pi mengopi. On x on?" tulis Fakhrul dalam nada berseloroh.
Lebih menggelikan hati, Fakhrul juga sempat mengusik mahu anggota paling muda dalam BSB itu untuk menyertai UNIC.
"Ajak dia masuk UNIC, amacam?" tulisnya yang sememangnya dikenali sebagai pendakwah yang pandai berjenaka.
Komen Fakhrul itu berjaya menggeletek hati netizen yang nyata terhibur dengan usikan tersebut.
"Dalam banyak-banyak komen saya tertarik dengan wish ni ustaz," tulis seorang peminat, Siti Maryam Husin.
Astro Awani
Tue Jan 29 2019
Fakhrul (kanan) meninggalkan komen mengusik anggota BSB, Nick Carter, di akaun Instagram rasmi kumpulan pop antarabangsa itu. - Instagram @backstreetboys / @fakhrulunic
Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta
Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).
Pantau Agenda Reformasi: Awas! Pihak main sentimen rakyat, ancam keharmonian
Apa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membendung tindakan pihak-pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang mengancam keharmonian negara?
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti
Nombor plat eksklusif UUM bukan khusus dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh orang awam atau syarikat yang berminat dengan plat tersebut.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Trip.com raih pertumbuhan tidak dijangka bagi tempahan perjalanan
Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mengalami pertumbuhan ketara, dengan jumlah tempahan meningkat, masing-masing sebanyak 62 peratus dan 89 peratus tahun ke tahun.
MIDF Research kekal pandangan positif
Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, HPI Malaysia telah berada pada trajektori menaik sejak 2022, berikutan pembukaan semula ekonomi.
Axiata Group, Dialog dan Bharti Airtel meterai perjanjian di Sri Lanka
Urus niaga itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan kalangan pemegang saham Dialog dan menunggu pemuktamadan syarat-syarat tertentu yang digariskan dalam perjanjian jualan saham itu.
Matrade anjur pameran halal di Dubai
Pameran perdagangan halal itu, yang diunjurkan mencapai RM1 bilion dalam jualan, akan menampilkan sejumlah 2,000 gerai dari 45 negara dengan 14 kluster, termasuk kluster bahan halal yang baru diperkenalkan.
Industri penerbangan Malaysia berisiko - Maybank IB
Syarikat penerbangan seperti Capital A dan AirAsia X, juga mungkin melihat pendapatan dan harga saham mereka dikurangkan kerana mereka lebih terdedah kepada kenaikan harga bahan api jet.
Berdepan dakwaan kes rogol peminat, tayangan 'A Very Backstreet Holiday' dibatalkan
Tayangan rancangan istimewa 'A Very Backstreet Holiday' telah ditarik balik stesen televisyen ABC berikutan kes saman terhadap salah seorang anggota kumpulan, Nick Carter.
Aaron Carter, adik penyanyi Backstreet Boys Nick Carter meninggal dunia
Polis menerima laporan sekitar jam 11 pagi berhubung situasi kecemasan di sebuah rumah di Lancaster di mana seorang lelaki ditemukan lemas di dalam tab mandi.
Anggota Backstreet Boys, Nick Carter bakal timang anak ketiga
Media hiburan antarabangsa melaporkan isteri Carter, Lauren, hanya menyedari dirinya hamil ketika usia kandungan sudah mencecah lima bulan.
Anggota Backstreet Boys, Nick Carter sambut kelahiran anak kedua
Berita gembira itu hadir ketika Carter menjadi sebutan susulan konflik dengan adiknya, Aaron.
20 tahun 'I Want It That Way': Lagu tak masuk akal yang berstatus lagenda
Lirik lagu I Want It That Way tidak membawa sebarang maksud, akui BSB.
Backstreet Boys umum konsert jelajah Asia, Malaysia 'tercicir' dari senarai
Kuala Lumpur tiada dalam senarai konsert jelajah Asia mereka yang akan berlangsung Oktober depan.
Selepas 20 tahun, Backstreet Boys kembali juarai carta Billboard
Album DNA mencatat jualan 227,000 unit selepas dilancarkan pada 25 Januari lalu.
Tidak pernah menang Anugerah Grammy, Backstreet Boys tidak merajuk
Tercalon buat kali kelapan dalam Grammy tahun ini, boyband paling berjaya itu tidak menaruh harapan tinggi untuk menang.
'Mai Malaysia kita pi mengopi' - Fakhrul UNIC usik anggota Backstreet Boys
Anggota UNIC itu meninggalkan komen mengusik anggota BSB, Nick Carter, di akaun Instagram rasmi kumpulan pop antarabangsa itu.
Backstreet Boys 'tayang' kebahagiaan keluarga dalam video muzik terbaharu
'No Place' mengetengahkan tema kepentingan keluarga dan kasih sayang dengan memaparkan kebahagiaan hidup berkeluarga kesemua anggotanya.