SELEPAS perang status Instagram antara pelakon Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza, kawan baik Fathia, Zarina Anjoulie pula tampil menunjukkan bukti.
Menerusi Instastories akaun Instagram peribadinya, Zarina menyiarkan bukti perbualan Whatsapp antara Fathia dan Aiman berhubung isu hutang.
"I don't fight with girls, come and see me. Don't ruin my relationship with my girl.
"Are you happy now buat I dengan kawan-kawan I gaduh and you keep on acting innocent. You are such a loser @aimanhakimredza," tulisnya.
BACA: "Duit aku bila nak bayar?" - Fathia Latiff tuduh bekas kekasih, Aiman Hakim
Malah, Zarina turut terkilan dengan tindakan Sharifah Sakinah dan meminta maaf atas tindakan keterlaluan Fathia.
"Sakinah you are my friend, she is my friend. I bukan nak back up siapa-siapa but I saw the messages Aiman pasal duit tu.
"Nanti Anju screenshot send kat awak. But yes, maybe she took it too far by posting for that I minta maaf on behalf of her," tambahnya.
Petang semalam, Fathia bertindak agresif dengan memuat naik sekeping gambar bekas teman lelakinya, Aiman, bersama kapsyen meminta semula duit yang dipinjam.
Bagaimanapun, selepas beberapa ketika pelakon itu memadamkan gambar berkenaan dan memuat naik puluhan gambar bersama keluarga.
Tindakan itu mendapat reaksi daripada rakan-rakan rapat Aiman termasuk Sharifah Sakinah dan Michael Ang.
Malah, Aiman sendiri mengemaskini entri Instagramnya dengan menjelaskan dia tidak pernah berhutang dengan sesiapa.
Gempak
Fri Sep 21 2018
Menerusi Instastories akaun Instagram peribadinya, Zarina menyiarkan bukti perbualan Whatsapp antara Fathia dan Aiman berhubung isu hutang. - Foto Astro GEMPAK
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
Warkah anak autisme buat Mufti Wilayah Persekutuan 'tersentuh'
Aiman mohon ustaz doakan semoga Aiman dan kawan-kawan berjaya hafaz 30 juzuk Al-Quran.
Makin panas! Zarina Anjoulie dedah perbualan Whatsapp Fathia dan Aiman
Selepas perang status Instagram antara pelakon Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza, kawan baik Fathia, Zarina Anjoulie pula tampil menunjukkan bukti.