PELAKON Abby Abadi meluahkan rasa rindu terhadap arwah anaknya Muhammad Danial Firman Faizal atau dikenali sebagai Baby D.

Biarpun kehilangan permata hatinya, namun kata Abby, kehadiran Baby D merupakan kenangan yang terindah dikecapinya pada tahun ini.

Perkara itu dikongsikan Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 42, menerusi satu entri berbentuk video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Berbahagialah di sana sayang. Antara kenangan terindah untuk mama dan abah di tahun 2019 ini ialah hadirnya Muhammad Danial Firman Faizal Muhammad Faizal.

"Mama buat video ni sewaktu di Makkah hari itu, selang dua hari selepas Baby D tinggalkan kami semua.

"Tapi teragak-agak nak kongsikan sebab tak nak terbawa-bawa dengan kesedihan berpanjangan, tapi malam ni (malam tadi) mama post juga sebab mama nak tinggalkan kenangan di sini. Mama dan abah rindu dia," luahnya menerusi coretan di ruangan kapsyen.

. Antara kenangan terindah Untuk Mama & Abah di tahun 2019 ini Ialah hadirnya Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal ❤️ . Mama buat video ni Sewaktu di Makkah haritu Selang 2 hari selepas Baby D tinggalkan kami semua Tapi teragak2 nk kongsikan Sebab taknak terbawa2 dengan Kesedihan yg berpanjangan . Tapi malam ni Mama post juga Sebab Mama nk tinggalkan Kenangan disini . Mama Abah rindu dia


Anak Abby, Muhmammad Danial Firman menghembuskan nafas terakhir pada 7 Disember lalu ketika dia berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah bersama keluarganya.

Muhammad Danial Firman yang dilahirkan pada 27 September lalu dengan berat 535 gram secara pembedahan ketika kandungan Abby mencecah lima bulan selepas mengalami turun darah berikutan tekanan darah tinggi.

Abby dan suaminya, Muhammad Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 sebelum ini turut mempunyai dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia.

Menerusi perkahwinan pertama, Abby dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

BACA: "50/50 peluang untuk hidup" - Abby Abadi mohon peminat doakan Baby Danial