PENYANYI dan pelakon Marsha akan terbang ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah bersama suami dan keluarganya hari ini.

Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 32 secara ringkas memberitahu dia sudah lama berhajat untuk mengerjakan ibadah tersebut dan bersyukur apabila niat murni itu tercapai.

"Insya-Allah, saya akan menunaikan umrah pada 1 November (hari ini) bersama-sama keluarga saya," katanya kepada Astro Gempak.

Marsha menerusi entri di Instagram peribadinya empat hari lalu memuat naik gambarnya bersama suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, selepas selesai menjalani kursus umrah di Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah, selesai kursus umrah bersama suami tercinta," tulis Marsha.

Alhamdulillah selesai kursus Umrah bersama suami tercinta ❤️

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on


Malah, foto yang memaparkan Marsha bertudung hitam itu juga menarik perhatian netizen yang mendoakan agar penyanyi kelahiran Sabah itu terus istiqamah selepas pulang dari menunaikan ibadah umrah.

"Sangat cantik kakak pakai tudung," tulis @kerollisation.

"Semoga balik dari umrah terus pakai hijab," doa @serlyarmani.

"Kalau boleh balik dari umrah teruslah pakai tudung. Orang yang sudah cantik walau pakai apa pun tetap cantik," saran @effirhmn.




Teks oleh: Amri Hassan
FOto: IG @marshamilan