PEMINAT adi wira pastinya teruja dengan pengumuman yang dibuat Presiden Marvel Studio, Kevin Feige mengenai fasa empat Marvel Cinematic Universe (MCU).

Antara filem yang bakal menemui anda dalam fasa empat ialah Black Widow, The Eternals, Thor 4: Love and Thunder dan Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings.

Bukan setakat filem, malah Marvel juga akan hadir dengan siri televisyen seperti Wanda Vision, Falcon & Winter Soldier dan Loki.

Kegembiraan tidak berhenti setakat itu sahaja apabila Kevin juga memberitahu Marvel akan hadir dengan sebuah filem Avengers yang baharu.

Menurutnya, Avengers yang baharu akan menampilkan satu pasukan yang sangat berbeza.

BACA: Sudahkah anda bersedia? Perjalanan Marvel fasa empat kini bermula

"Ia akan menjadi satu pasukan yang sangat berbeza daripada apa yang anda pernah lihat sebelum ini semasa Avengers: Endgame.

"Kerana ia akan menjadi satu penjelmaan yang sangat berbeza berbanding dengan pasukan sebelum ini," katanya ketika ditemu ramah wartawan MTV News.

Jadi adakah anda sudah bersedia untuk melihat perjalanan Marvel yang baharu? Sama-sama kita saksikan.