Berita  |  Hiburan

Mell Sakura, Wan 6ixth Sense nikah Jumaat ini

Mell Sakura, Wan 6ixth Sense nikah Jumaat ini
Pasangan yang sedang sibuk membuat persiapan akhir itu mengakui sudah berkenalan sejak tujuh tahun lalu. - Instagram MellSakura
VOKALIS kumpulan Sakura, Melly Matius bakal mendirikan rumah tangga dengan gitaris kumpulan 6ixth Sense, Mohammad Safwan Hasnan pada 24 November ini.

Majlis pernikahan pasangan itu bakal berlangsung di kampung kelahiran Mell di Kota Kinabalu, Sabah.

"Saya dan Wan bakal berkahwin pada hari Jumaat ini (24 November) dan majlis akad nikah akan dijalankan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu pada pukul 9 pagi.

"Manakala, majlis bertandang akan berlangsung pada 26 November (Ahad) di Dewan Wisma Wanita, Kota Kinabalu Sabah pada pukul 6 petang," katanya eksklusif kepada Astro Gempak.
 
 

One step closer ❤️ Photographer: @teddydaniel_ #wanxmell #wanmell #weddingwanmell

A post shared by Vokalis Sakuraband Official (@mellsakura) on


Pasangan yang sedang sibuk membuat persiapan akhir itu mengakui sudah berkenalan sejak tujuh tahun lalu.
"Kami merancang untuk berkahwin pada pertengahan tahun ini selepas tujuh tahun berkenalan.

"Setakat ini persiapan majlis perkahwinan kami sudah 90 peratus dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

"Perasaan gemuruh memang ada tetapi saya banyak dibantu dan dibimbing oleh ibu saya," ujar Mell.
 
 

One step closer... photo by : @teddydaniel_ #mybigday #prewedding #2017 #wanxmell

A post shared by Mohammad Safwan (@wan6ixthsense) on


Mell dan Wan masing-masing mendedahkan hubungan mereka menerusi akaun Instagram siang tadi dengan memuat naik gambar pra-perkahwinan.

Gambar-gambar yang mendapat reaksi positif dan ucapan tahniah daripada peminat itu sedikit sebanyak mengejutkan orang ramai yang sama sekali tidak menyangka atau dapat menghidu hubungan mereka.

"Bukan soal sorok majlis daripada peminat atau media tetapi saya tidak suka kecoh-kecoh tentang kisah peribadi, biarlah orang fokus pada kerjaya saya sebagai penyanyi.

"Takut juga nanti terlalu kecoh nanti benda tak jadi," katanya.

Mell dan Wan tidak melangsungkan majlis pertunangan sebaliknya memilih untuk terus bernikah.

Majlis resepsi sebelah lelaki akan berlangsung pada 24 Disember 2017.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @mellsakura

UNTUK LEBIH BANYAK LAGI BERITA HIBURAN, KLIK DI SINI