ADAKAH anda bersedia untuk mengembara bersama Dora dan rakan-rakan?

Kartun animasi Dora the Explorer terbitan Nickelodeon bakal tampil dengan filem pertama iaitu Dora and the Lost City of Gold.

Watak Dora akan dimainkan oleh pelakon Isabela Moner yang terkenal melalui filem Transformers: The Last Knight dan Instant Family,

Selain Moner, filem arahan James Bobin itu turut dibintangi Eugenio Derbez , Michael Peña dan Eva Longoria.

Suara watak Boots the Monkey akan dipinjamkan Danny Trejo manakala Swiper the Fox akan dimainkan oleh Benicio del Toro.


Filem Dora and the Lost City of Gold mengisahkan Dora yang perlu menjalani cabaran sebenar dalam hidup iaitu sebagai pelajar sekolah menengah. Namun, semasa Dora dan rakan-rakannya melawat muzium, sekumpulan penjahat telah menculiknya.

Apakah misi Dora kali ini dan apa yang terjadi kepada ibu bapanya?

Filem terbitan Paramount Pictures itu akan menemui peminat pada 2 Ogos 2019.