Penyanyi Keena Mentor mendakwa ada beberapa rakan penyanyi yang menghantar santau angin kepada dirinya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Keena di laman Facebook miliknya, penyanyi itu turut menunjukkan kesan merah yang timbul di sekitar badan selepas santau angin itu berjaya dibuang.

Facebook Keena Mentor II


Facebook Keena Mentor II
Terkejut dengan berita tersebut, peminat Keena mendoakan agar penyanyi ini segera pulih.

"Terus berjuang dik. Hanya Allah yang maha berkuasa," pesan seorang peminat bernama Azhar Abdul Aziz.

"Banyak bersabar my sis Keena Mentor. Saya mendoakan Keena sentiasa dilindungi oleh Allah daripada perbuatan khianat dari manusia yang iri hati. Cepat sembuh dan sihat seperti sediakala," tulis Arom Shaharom.

"Kenapa ada lagi manusia macam tu di zaman sekarang ni. Mereka tu tak takut Allah adik Keena Mentor. Adik banyak-banyak bersabar. Doa banyak-banyak. Doa orang yang teraniaya tiada hijabnya adik. Akak doakan adik cepat sembuh," tulis Zarina Abdul Rahim.

Facebook Keena Mentor II

Keena atau nama sebenarnya, Suriana Abdul Wahab merupakan peserta program Mentor musim ketiga. Dalam program tersebut, Keena mendapat didikan penyanyi terkenal Datuk Awie.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: FB Keena