Berita  |  Hiburan

"Mereka akan cari apa saja kesalahan walaupun sebesar zarah"- Fattah Amin

"Mereka akan cari apa saja kesalahan walaupun sebesar zarah"-  Fattah Amin
FATTAH: -Saya perasan bila makin ramai peminat maka ramai jugalah haters yang datang. Bagi saya senang saja, haters gonna hate forever.
KUALA LUMPUR:

Pelakon drama Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin memberitahu enggan mempedulikan komen-komen negatif yang diberikan oleh ‘haters’.

Fattah berkata dia mengetahui dirinya mempunyai golongan pembenci namun dia tidak boleh menghalang mereka daripada memberikan komen kerana perkara itu diluar kawalannya.

“Saya perasan bila makin ramai peminat maka ramai jugalah ‘haters’ yang datang. Bagi saya senang saja, ‘haters gonna hate forever’.

“Mereka akan cari apa saja kesalahan walaupun sebesar zarah. Kadang-kadang mereka ini yang mengata lebih padahal tidak tahu perkara sebenar yang berlaku.

“Selagi namanya ‘haters’, mereka memang gemar mencetuskan perbalahan di media sosial,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri F&N bersama peminatnya bertempat di Rumah Tamu Datin Halijah, Sentul pada Ahad.

Fatta berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbalahan yang tercetus antara kumpulan peminat Lofattah dan Fattzura mengenai isu kontroversi percutiannya.

Tambah Fattah lagi, dia mengambil contoh selebriti luar negara tentang cara mereka menangani dan golongan tersebut.

"Kalau kita lihat bintang-bintang Hollywood, komen yang mereka dapat di media sosial lagi banyak sampai berpuluh-puluh ribu sama ada yang negatif atau positif.

"Tapi mereka masih lagi boleh bertahan hingga kini sebab mereka tak pernah ambil peduli tentang perkara tersebut.

"Hubungan antara artis dan peminat sangat penting sebab itu saya hargai mereka.

"Saya dengar ada orang kata saya ramai 'haters' dan perkara itu bakal menjatuhkan saya.

"Kita kena ingat, rezeki semua bukan datangnya daripada 'haters' tapi pada Allah.

"Saya percaya selagi ada peminat sejati yang sentiasa menyokong dan percaya pada saya, Insha Allah saya makin kuat," jelasnya.

Terdahulu, Fattah menjadi kontroversi apabila namanya terpalit dengan isu percutian bersama Fazura dan rakan-rakan di Koh Samui, Thailand apabila Neelofa juga dikatakan memilih destinasi yang sama.

Teks oleh: Mya Amri


 

UNTUK LEBIH BANYAK LAGI BERITA HIBURAN, KLIK DI SINI