PENYANYI Michael Bublé telah mengumumkan keputusannya untuk bersara daripada industri muzik bagi memberi tumpuan penuh kepada anaknya, Noah, yang disahkan mengidap kanser hati sejak 2016.

Katanya, perjuangan anaknya yang berusia lima tahun melawan sakit itu memberinya satu perspektif baru mengenai kehidupan.

"Ini wawancara terakhir saya," katanya kepada Daily Mail dalam artikel yang dikeluarkan pada Sabtu.

"Saya akan bersara dari industri ini. Saya telah membuat rekod yang cantik dan sekarang saya boleh pergi semasa masih berada di atas."

Keputusan bersara itu mendapat sokongan daripada isterinya Luisana Lopilato berikutan keadaan kesihatan Noah yang semakin terjejas ketika ini.

Selain Noah, pasangan itu memiliki seorang lagi anak lelaki, Elias, 2 tahun, dan bayi perempuan, Vida, berusia 3 bulan.

Bublé juga akan mengeluarkan sebuah album baharu berjudul 'Love' bagi mengutip dana untuk kempen kanser.

Album tersebut dijangka akan berada di pasaran 16 November ini.

BACA: Anak hidap kanser, Michael Buble tangguh kerjaya