"Mikrofon terpasang sendiri, dengar suara perempuan..." - Elizabeth Tan

"Mikrofon terpasang sendiri, dengar suara perempuan..." - Elizabeth Tan
Biarpun tidak mengalaminya sendiri, cerita yang disampaikan oleh kru produksi ketika itu sedikit sebanyak menyeramkannya.
BINTANG utama filem Misteri Dilaila, Elizabeth Tan mendedahkan kisah mistik yang berlaku ketika penggambaran filem berkenaan.

Biarpun tidak mengalaminya sendiri, cerita yang disampaikan oleh kru produksi ketika itu sedikit sebanyak menyeramkannya.

"Saya tidak percaya sangat 'benda-benda' sebegitu sebab tak pernah mengalaminya sendiri.

"Tetapi saya ada dimaklumkan oleh kru penggambaran mikrofon di set tiba-tiba terpasang dan mereka terdengar suara perempuan walau tak ada orang di sana.
"Pelik juga bila dah tak ada orang di set baru perkara sebegini terjadi. Mereka bosan barangkali?" katanya kepada Gempak.

Memberitahu bukan seorang yang terlalu berani, namun jelas Elizabeth dia akan lebih takut apabila melihat visual.

"Kadang-kadang saja berani, tetapi kalau Misteri Dilaila saya tak berani tengok. Sebab senang ingat visual.

"Melainkan, kalau sekadar dengar bunyi saya tak adalah takut sangat," tambahnya.

Elizabeth digandingkan bersama Zul Ariffin dan Sasqia Dahuri untuk filem Misteri Dilaila yang bakal ditayangkan di pawagam 21 Februari (esok).

Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. 

Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang. 

Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya. 

Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya.

Jangan lupa saksikan filem hebat ini yang mendapat sentuhan sutradara terkenal, Syafiq Yusof di pawagam seluruh negara bermula 21 Februari 2019!

Tag: filem, Misteri Dilaila, Elizabeth Tan, seram, mistik, Imam Aziz, Namron, Syafiq Yusof, Zul Ariffin


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.