HUBUNGAN penyanyi sensasi Miley Cyrus dan pelakon kacak Liam Hemsworth disyaki kini lebih daripada kekasih dan dipercayai telah berkahwin secara diam-diam sejak tujuh bulan lalu.

Pasangan itu didakwa telah berkahwin dalam sebuah majlis tertutup dan enggan mendedahkan berita itu kepada umum.

Miley, 24, dan Liam, 27, dilihat menikmati sarapan bersama-sama di sebuah kafe di Savana, Georgia, Amerika Syarikat awal pagi semalam.

#MileyCyrus and #LiamHemsworth coupled up for a coffee date during a break from filming his new movie #Killerman. More pics on JustJared.com

A post shared by Just Jared (@justjared) on


Lebih menarik kerana kedua-dua selebriti itu dilihat memakai sebentuk cincin yang dipercayai cincin perkahwinan.

Biarpun belum sahih, kebanyakan media antarabangsa membuat spekulasi pasangan itu telah berkahwin di Tybee Island, berhampiran Georgia, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, ujar salah satu sumber kepada TMZ pada Ogos lalu, kedua-dua bentuk cincin yang dipakai Miley dan Liam hanyalah cincin ikatan janji yang tidak mengesahkan pasangan itu telah berkahwin.

Gosip perkahwinan itu tercetus sejak Disember tahun lalu apabila Liam sendiri meluangkan masa bercuti bersama keluarga Miley dan melamar penyanyi itu di hadapan bapanya, Billy Ray Cyrus.

Sementara itu, laporan sebuah portal hiburan terdahulu menyebut pasangan itu merancang untuk berkahwin di Byron Bay, Australia yang mana lokasi berkenaan merupakan kawasan kejiranan Chris Hemsworth.

Miley dan Liam mula bercinta pada tahun 2009 selepas digandingkan bersama dalam filem The Last Song.

Pasangan itu bertunang paad 2012 namun putus setahun kemudian sebelum kembali bercinta pada Januari 2016.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Inquisitr, Teen Vogue, Savannah Now, Instyle