Tutup

MLM2018: Punchline tak menjadi, Kiut tersingkir

MLM2018: Punchline tak menjadi, Kiut tersingkir
Kiut mendapat markah dan undian terendah daripada juri serta penonton. -Astro AWANI
PUNCHLINE yang kurang menjadi mengakhiri perjalanan kumpulan Kiut di pentas Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018).

Juara Gegar Lawak 2018 itu mendapat markah dan undian terendah daripada juri serta penonton.

Minggu ketiga MLM 2018 menyaksikan 12 peserta bersaing dengan tema cinta.

Dua lagi tempat terbawah diisi oleh Abata dan Putih.
Pengumuman penyingkiran dibuat oleh salah seorang juri iaitu Remy Ishak.

MLM 2018 turut diadili Tya Ariffin, Scha Al Yahya dan Douglas Lim yang menyumbangkan 70 peratus markah, manakala 30 peratus lagi markah adalah hasil undian penonton menerusi aplikasi Tik Tok.
Bermula minggu depan, MLM 2018 akan bersiaran di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) setiap Jumaat jam 9 malam.


Tag: Maharaja Lawak Mega 2018, MLM2018, Kiut, Gegar Lawak, Abata, Putih, juri, Tik Tok



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.