Tarikh 1 Oktober 2015 merupakan hari paling bermakna buat pasangan pelakon Erin Malek dan suaminya, Mohamed Farriz dengan kelahiran cahaya mata pertama, Muhamed Faliq.

Berita gembira itu telah dikongsi oleh Erin menerusi akaun Instagramnya pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, di sebalik kegembiraan itu, Erin juga turut menyampaikan berita sedih di mana pasangan kembar Faliq tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia ketika berusia 16 minggu.

Perkara itu juga dijelaskan Erin menerusi kenyataan yang dibuat melalui Instagramnya @erinmalekofficial beberapa hari yang lalu.

Bagaimanapun, Erin dan suaminya bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu Faliq dan merasai nikmat bergelar ibu bapa.

Dalam pada itu, pelakon Eina Azman turut meluangkan masa untuk melawat Erin Malek dan bertemu Faliq.

Erin uga turut berkongsi beberapa foto terbaru Faliq di Instagram.

Jom lihat foto-foto Faliq yang putih dan comel sama seperti ibunya di bawah: