Tutup

"Muka ayah dia sangat" - Dedah wajah, ramai puji anak Elfira Loy

"Muka ayah dia sangat" - Dedah wajah, ramai puji anak Elfira Loy
Foto tersebut mendapat perhatian pengikut Elfira yang rata-rata memuji wajah anaknya kacak walaupun masih bayi. - Foto Instagram Elfira Loy
BUAT pertama kalinya, pelakon Elfira Loy mendedahkan wajah anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf dengan jelas.

Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Elfira berkongsi foto berkenaan selepas tempoh berpantangnya tamat.

"Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari terakhir ibu saya berpantang.

"Yahoo saya dah boleh keluar. @muhamadrayyankhalafofficial," tulisnya.
Foto tersebut mendapat perhatian pengikut Elfira yang rata-rata memuji wajah anaknya kacak walaupun masih bayi.

"@puananissuhailah: Muka ayah dia sangat."
"@zaineyazneyra_: Chinese look la baby."

"@wanyfizan_: He's too cute."

"@saraasfiah: Cutenya baby boy."

"@syahirahkasim: Handsome boy," puji pengikutnya.

Elfira dan suami Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober lalu.



Tag: Instagram, bayi, Elfira Loy, muka ayah, Muhamad Rayyan Khalaf



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.