KUALA LUMPUR:Pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad mengesahkan dia dan keluarganya negatif daripada virus COVID-19.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pengacara yang popular dengan program Gegar Vaganza melalui laman Instagram miliknya.

"Saya nak memaklumkan bahawa kami sekeluarga bebas daripada virus COVID-19," katanya dalam hantaran itu.

BACA : Nabil Ahmad jalani kuarantin kendiri

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on


Nabil sebelum ini mengambil keputusan melakukan swab test kerana pernah mempunyai sejarah kunjungan di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya yang dimaklumkan terkesan dengan kes COVID-19.

Nabil Ahmad dan  pasangannya, Jihan Muse akan mengendalikan program Gegar Vaganza yang akan mula bersiaran pada 11 Oktober ini.

Gegar Vaganza terbitan Astro akan bersiaran secara langsung di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) serta melalui saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.