Tutup

Najwa Latif peroleh 4A

Najwa Latif peroleh 4A
KUALA LUMPUR: Najwa Latif bersyukur dengan keputusan 4A diperoleh menerusi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disamping lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Inggeris, Matematik dan Agama Islam.

Penyanyi lagu “Cinta Muka Buku” ini pada mulanya tidak menaruh harapan yang tinggi dengan hanya mensasarkan keputusan 3A.

“Malam tadi saya bermimpi dimana saya lansung tidak mendapat markah A menyebabkan saya takut dan meminta tolong kakak untuk mengambil keputusannya di sekolah”, kata Najwa.

Berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Bahasa Inggeris, Najwa bagaimanapun masih belum memilih kolej atau universiti yang diinginkan.
“Sebelum dapat keputusan SPM, saya tidak pernah membincangkan tentang mana-mana universiti kerana bimbang tidak mendapat keputusan yang cemerlang”, tambahnya.

Najwa Latif atau nama sebenar Imratul Najwa Abdul Latif merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor.