Antara filem pendek yang dianggap kontroversi dalam Projek "Ikal Mayang" ialah "Hawa" arahan Sharifah Amani.

Mengakui masih menjaga tata-tertib budaya timur, Amani bagaimanapun tidak ralat jika ia tidak dapat ditayangkan secara terbuka.

"Hawa" mengisahkan keakraban dua sahabat wanita di mana salah seorangnya kemudian membuat keputusan untuk berkahwin.

"Hawa" dibintangi Amani sendiri di samping Shera Aiyob dan Zahiril Adzim. Ia merupakan filem ketiga arahannya selepas "Sangkar" dan "Kampung Bangsar".