SIAPA yang tidak kenal dengan watak si jahat Gru dan keletah Minions yang mencuit hati dalam filem animasi Despicable Me.

Setiap apa yang keluar daripada mulut si kuning itu akan membuat penonton tergelak tidak kering gusi.

Namun apa yang lebih menarik ialah, penjahat cilik yang comel ini berbahasa Melayu dalam trailer filem terbaharu iaitu Minions: Rise of the Gru.

Dalam klip yang berdurasi 45 saat itu menyaksikan minions tersebut menyebut perkataan 'nasi goreng kicap manis' dan juga 'terima kasih'.


Klip tersebut menarik perhatian sekali gus memberi keterujaan kepada mereka yang menontonnya.

Ini antara respons pengguna media sosial di klip tersebut.

Filem animasi yang diarahkan oleh Kyle Balda ini dibintangi oleh Pierre Coffin, Steve Carell, Taraji P. Henson dan anak jati Ipoh, Datuk Michelle Yeoh.

Minions: Rise of the Gru akan dijadualkan akan menemui peminat pada tahun 2021