Tutup

Neelofa tarik diri sertai Anugerah Bintang Popular

Neelofa tarik diri sertai Anugerah Bintang Popular
Pengacara dan pelakon, Neelofa mengumumkan menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk pada tahun ini serta edisi yang akan datang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Neelofa mengumumkan menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk pada tahun ini serta edisi-edisi yang akan datang.

Pengumuman itu dibuat melalui satu kenyataan yang dinaik menerusi laman Twitter miliknya, @Neelofa pada Khamis.

Menurut pengacara Meletop itu, keputusan itu dibuat berikutan jadualnya yang sangat padat dengan kerja-kerja penjenamaan semula Naelofar Hijab serta urusan perniagaan yang lain.

Kesibukan itu, jelas Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa, menyukarkannya memberi tumpuan yang seimbang antara karier seni dan bisnes.

“Lofa bukan menarik diri sepenuhnya, tetapi mungkin berehat untuk tahun ini dan tahun depan. Insya-Allah, jika Lofa sudah tidak lagi sibuk dengan bisnes, Lofa akan kembali aktif dalam seni.

“Jika Lofa sudah kembali aktif, baru rasa berbaloi untuk terlibat dalam majlis anugerah. Lofa ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada akhbar Berita Harian dengan pengumuman penganjuran ABPBH32. Lofa pasti, acara berprestij tersebut akan disambut dengan penuh gemilang dan warna-warni,” katanya.
Tambah Neelofa, walaupun tidak bertanding dalam ABPBH tahun ini, beliau tetap memberikan sokongannya.

“Mana mungkin melupakan kenangan-kenangan indah yang tercipta sepanjang bersama kalian?

“Lofa doakan agar ABPBH terus maju dan terus megah berdiri dalam penganjuran edisi-edisi seterusnya,” katanya.


Tag: Neelofa tarik diri sertai Anugerah Bintang Popular, Neelofa, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, bisnes, seni, Naelofar Hijab



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.