PENGACARA dan pelakon popular, Neelofa bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 Ahad ini (10 Februari).

Bagaimanapun, belum tiba hari bahagianya itu, artis jelita itu sudah menerima kejutan awa sempena hari lahirnya.

Di laman Instagram Meletop terdapat entri foto Neeloa menerima hadiah berupa sebuah kek daripada produksi dalam episod yang berlangsung pada Rabu.

"Awwww kita celebrate birthday @neelofa di #MeleTOP malam ni!

"Happy birthday in advance @neelofa! We love youuu," tulis admin akaun.

Neelofa telah menerima sebuah kek berbentuk tas tangan berwarna oren.

Dalam rakaman video tersebut, Neelofa mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi dan penonton kerana meraikan ulang tahun kelahirannya.

Sementara di ruangan komen, rata-rata pengikut turut sama menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran serta mendoakan yang baik-baik kepada Neelofa.

Awwww kita celebrate Birthday @neelofa di #MeleTOP malam ni! Happy Birthday in advance @neelofa! We love youuu