PELAKON jelita, Nelydia Senrose dikhabarkan akan mengadakan sidang media khas untuk mengumumkan tarikh perkahwinannya.

Pelakon ini sudah bersedia untuk bergelar isteri, namun dikatakan, dia belum bersedia untuk berkahwin dalam masa yang terdekat memandangkan ia bukan perkara ringan.

Menurutnya, jika semua berjalan lancar dan sudah dipastikan, sidang media khas itu akan diadakan.

"Memang sudah bersedia, cuma nanti kami rancang untuk buat sidang media untuk umumkan mengenai hal tersebut," kata Nelydia.

"Saya tidak mahu sorok perkara baik, malah sebelum ini saya pernah berjanji kepada rakan media untuk beritahu hari bersejarah itu apabila tiba masanya," tambahnya lagi.

Nelydia kini sedang bercinta dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai Hafiz dan pernah menghadiahkannya sebentuk cincin sebelum ini. Teks : Asraf Aided Sumber : Media Hiburan