Nelydia Senrose bangkit martabatkan songket Melayu

Nelydia Senrose bangkit martabatkan songket Melayu
Nelydia Senrose memilih songket untuk rekaan baju raya dengan konsep minimalis dan ringkas. - Foto instagram/@impianbynelydia
PELAKON jelita, Nelydia Senrose meneruskan karier seninya apabila muncul dengan jenama bajunya sendiri, Impian By Nelydia.
 
Ujar adik Uqasha ini, dia tampil dengan pakaian untuk Aidilfitri dan koleksi pakaian tidur.
 
Menariknya, aktres berusia 23 tahun ini memilih songket untuk rekaan baju raya dengan konsep minimalis dan ringkas selain menonjolkan elemen klasik dan mengekalkan ciri budaya Melayu.
 
Tambahnya, pakaian koleksi Aidilfitri muncul selepas mendapat tawaran daripada Starvilion pada Mac lalu.
 
Nelydia memberitahu dia bebas dalam menentukan rekaan dan berkongsi idea baharu dalam koleksi berkenaan.
 


UNTUK LEBIH BANYAK LAGI BERITA HIBURAN, KLIK DI SINI