Penyanyi antarabangsa, Nicole Scherzinger berada di Malaysia?

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya (@nicolescherzy), bekas ahli kumpulan Pussycat Dolls itu memuat naik beberapa video beliau berada di Johor Bahru.

Beliau dipercayai berada di selatan tanah air bagi menghadiri sebuah majlis berprestij di bandar raya tersebut.

Menurut seorang sumber rapat dengan penyanyi ketika dihubungi Astro AWANI hari ini, Scherzinger membuat persembahan di majlis tertutup itu dan menyanyikan lima buah lagu.


Got the golden ticket this morning to see one of God's greatest creations #sunrise #nofilter

A post shared by Nicole Scherzinger (@nicolescherzy) on


Paling mencuri tumpuan, Nicole sempat singgah di sebuah cawangan restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) selepas majlis berkenaan.

Turut mengiringi Nicole ialah beberapa anggota polis untuk membeli makan lewat malam.



Video tersebut dimuat naik di Instagram story peribadinya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang mengiringinya ke cawangan KFC tersebut.

"Thank you for the escort, terima kasih!”

Tidak diketahui berapa lama penyanyi itu berada di Johor Bahru.