Lagu 'No More' buat kejutan di malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-21 apabila lagu nyanyian SonaOne itu dipilih pemenang anugerah utama, Lagu Terbaik.

Ini merupakan kali pertama lagu yang menang kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik diangkat sebagai Lagu Terbaik sekaligus mencipta sejarah tersendiri.

Selain Lagu Terbaik, penyanyi hip hop, SonaOne berjaya menggondol dua anugerah lain iaitu ‘Lagu Hip Hop Terbaik’ dan ‘Lagu Inggeris Tempatan Terbaik’.

Di majlis itu juga, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza merangkul tiga anugerah di malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Tiga anugerah tersebut ialah ‘Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (wanita)’, ‘Rakaman Album Terbaik’ dan ‘Album Terbaik.’

Kemenangan dalam kategori vokal merupakan kemenangan ke-12 penyanyi itu di majlis anugerah tersebut.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang:

Anugerah Sri Wirama AIM21
Datuk Ramli Sarip

Lagu Terbaik AIM21
No More - SonaOne

Album Terbaik
Fragmen - Dato' Siti Nurhaliza (Aubrey Suwito, Mujahid Abdul Wahab, Faizal Tahir, Mike Chan & Dato' Siti Nurhaliza)

Artis Baru Terbaik
Poova

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (lelaki)
Akim Ahmad - Mewangi

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (wanita)
Dato' Siti Nurhaliza - Lebih Indah

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (berkumpulan)
Azhael - Hujung Waktu

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
Nora ft Mosyi, Alif ft Putri - Selamanya Bahagia

Kulit Album Terbaik
#1 - Stacy (Wan Izhar)

Rakaman Album Terbaik
Konsert Lantera Timur Dato' Siti Nurhaliza bersama Orkestra Tradisional Malaysia - Dato' Siti Nurhaliza (Greg Henderson)

Video Muzik Terbaik
Falling - Yuna (Yuna & Zul Luey)

Lagu Pop Etnik Terbaik
Akar Kita Zapin - Ihab Ismail (ciptaan sepenuhnya Ihab Ismail)

Lagu Nasyid Terbaik
Rindu Allah Sayang Allah (R.A.S.A) - Iwan Syahman & Iwan Junior (ciptaan sepenuhnya Iwan Syahman & Iwan Junior)

Lagu Rock Terbaik
Rentak Laguku - Bunkface ft Amy Search (komposer: Sam Bunkface / Penulis Lirik: Bunkface)

Lagu Pop Terbaik
Sesal Separuh Nyawa - Alyah (komposer: Rizal Tiga & Adil AF / Penulis Lirik: Alyah & Shah Shamsiri)

Lagu Hip Hop Terbaik
Apa Khabar - Joe Flizzow ft SonaOne (komposer: Joe Flizzow & SonaOne / Penulis Lirik: Joe Flizzow)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
No More - SonaOne (ciptaan sepenuhnya oleh SonaOne)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Salahkah - Hafiz Suip & Dato' Rossa

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Mahligai Kayangan - Salamiah Hassan (Aubrey Suwito)