ANAK pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa mencuri perhatian netizen apabila menyanyikan lagu hindustan berjudul Akele Hum Akele Tum.

Menerusi entri di Instagram (IG), Aeril Zafrel berkongsi video dia bersama anaknya itu menyanyikan lagu tersebut di dalam kereta.

"Lepas ni nak buat video clip dengan Hayla ja. Boleh ke Hayla jadi pengganti Maknya?," tulisnya.

Lepas ni nak buat video clip dengan hayla je. Boleh ke hayla jadi pengganti Maknya??

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on


Rata-rata yang menyaksikan video itu mengakui kagum dengan gelagat comel yang ditunjukkan oleh Hayla.

"@esma_aqilzahraalisha: Mashaa Allah Hayla. Awat cute overload sangatt ni."

"@nuyul_sohaimi: @aeril_zafrel comeynya Hayla. Lagu ni cute. Hayla lagi extra cute."

"@Zarip: Anak pun layan hindustan eh. Comel je cara Hayla menyanyi. Lepas ini boleh la berduet dengan Wawa Zainal pula. Mesti lagi best,"

"@Zaffan: Selepas ini boleh la Wawa dan Aeril buat video banyak-banyak cover lagu hindustan dengan Hayla. Comel je gelagat Hayla ni."


Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa. - Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi