Pengarah dan penerbit OlaBola The Musical Returns, Puan Sri Tiara Jacquelina, mengakui mementaskan naskah itu buat kali kedua merupakan cabaran besar, namun tetap yakin mampu mempersembahkan sesuatu yang luar biasa kepada penonton.
Tiara menganggap jangkaan besar penonton merupakan sesuatu yang positif bukan sahaja untuknya, tetapi juga keseluruhan pelakon dan tenaga kerja teater muzikal itu.
"Fokus kali ini lebih kepada characterization (perwatakan). Dinamik hubungan antara watak-watak lebih besar, jadi penceritaan juga perlu kuat.
"Gerak tari, pergerakan malah babak perlawanan bola sepak juga berbeza daripada sebelumnya.
"Memang lebih mencabar kerana saya perlu pastikan semua aspek dalam pementasan kali ini ditambah baik dan menepati jangkaan penonton," kata Tiara ketika ditemui pada sesi latihan yang berlangsung di Istana Budaya, baru-baru ini.
OlaBola The Musical Returns bakal dipentaskan di Istana Budaya dari 18 Februari sehingga 3 Mac. Tiket-tiket boleh didapati di buyticket.asia.
Ia dibintangi Brian Chan, Iedil Putra, Luqman Hafidz, Abimanyu Masilamani, Lim Jian Wen dan ramai lagi.
Ingin memenangi sepasang tiket ke Avant Premiere: OlaBola The Musical Returns pada 17 Februari 2019 ini?
Ini caranya!
1. Repost video yang terdapat di Instagram @501awani, dengan hashtag #olabolamusicalAWANI dan #olabolamusical ke akaun Instagram anda
2. Sertakan bersama slogan "Saya ingin menonton OlaBola The Musical Returns kerana .......... (tidak lebih 10 patah perkataan)
3. Jawab dua (2) soalan berikut:
4. Pemenang akan dihubungi melalui direct message (DM)
5. Pastikan tetapan akaun Instagram anda bukan dalam mod privasi
6. Lima pemenang akan dipilih, dan setiap pemenang akan memenangi dua (2) keping tiket ke malam Avant Premiere: OlaBola The Musical Returns pada 17 Februari 2019, jam 8 malam di Istana Budaya
7. Tempoh masa pertandingan adalah 8 Feb 2019 hingga 10 Feb 2019, jam 6 petang. Penyertaan selepas itu tidak akan dikira
Selamat berjaya!
Madiha Abdullah
Fri Feb 08 2019
Tiara (berdiri, dua dari kanan) ambil positif jangkaan penonton terhadap musim kedua pementasan OlaBola Musical.
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Istana Budaya bawa Teater Muzikal Hang Li Po ke pentas Encore Melaka
Pementasan teater muzikal itu dihidupkan kembali sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Istana Budaya anjur Festival Laman Santai Malaysia Madani terbesar tahun ini
Istana Budaya sentiasa bersifat terbuka dan komited dalam menyatupadukan masyarakat hingga ke akar umbi tanpa mengira bangsa.
Istana Budaya tawar konsert muzik klasikal Harga Rahmah
Peminat orkestra muzik klasik berpeluang menonton konsert A Celebration of Classical Music Lambang Sari Series 2023 diIstana Budaya dengan harga serendah RM30.
SOP baharu sewaan Istana Budaya berjaya atasi masalah hutang tertunggak
Antara SOP yang ditetapkan ialah setiap syarikat produksi perlu membuat pembayaran penuh sebelum membuat persembahan atau pementasan.
DBKL yakin KL Park Festival 2023 dapat sambutan
DBKL yakin acara KL Park Festival 2023 yang berlangsung bermula esok di Taman Tasik Titiwangsa, di sini mendapat sambutan meskipun keadaan cuaca kini tidak menentu.
Istana Budaya catat kutipan RM6.144 juta pada 2022
Istana Budaya mencatatkan penjualan kutipan tiket sebanyak RM6.144 juta hasil daripada 15 program dan 39 pementasan yang dipertontonkan sepanjang 2022.
'Kalau konsert artis luar penuh...' - Erma Fatima kesal program keagamaan tak dapat sambutan
Erma berkata, bukan mudah untuk menganjurkan program sedemikian apatah lagi yang berbayar.
Aura Search 'gegarkan' Istana Budaya
Sentuhan kumpulan rock legenda tanah air, Search ternyata masih berbisa menerusi konsert yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Ahad.
Menjejak nostalgia kembara Search di Istana Budaya
Ahad ini, kumpulan rock legenda negara akan mengadakan konsert istimewa dalam pementasan Search Rock On 40.
Rock On 40: Kumpulan Search gegar pentas Istana Budaya 4 Disember
Kumpulan rock legenda, Search bakal muncul dalam Konsert Search Rock On 40 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 4 Disember ini.