ANGGOTA kumpulan SHINee, Onew, bebas daripada tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita ketika berada di sebuah kelab malam pada Ogos tahun lalu.

Menerusi laporan Soompi, salah seorang jurucakap pihak pengurusan, Onew, SM Entertainment mengesahkan mengenai perkara ini.

“Ya, Onew telah bebas daripada tuduhan melakukan gangguan seksual kepada seorang wanita.

“Dia kini sudah boleh menarik nafaz lega dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.

“Onew juga memohon maaf kepada semua peminat yang tersinggung dengan berita tersebut,” kata pihak pengurusan SM Entertainment.

Sebelum ini, Onew didakwa telah memegang bahagian peribadi seorang wanita ketika dalam keadaan mabuk.

Wanita tersebut kemudiannya membuat laporan polis dan Onew telah ditahan oleh pihak berkuasa bersama seorang saksi dalam kejadian itu.

Sumber: Soompi