Filem bajet besar “Oz the Great and Powerful” menjadi filem dengan kutipan tertinggi di Amerika Utara untuk minggu kedua berturut-turut apabila mencatat anggaran pendapatan $42.2 juta (RM131.52 juta).
Filem yang dibintangi oleh James Franco itu berjaya mengutip jumlah keseluruhan sebanyak $145 juta (RM451.89 juta), menurut Exhibitor Relations.
Tempat kedua jatuh kepada filem “The Call” yang mencatat kutipan sebanyak $17.1 juta (RM53.29 juta). Filem yang dibintangi oleh Halle Berry sebagai operator talian kecemasan 911 itu mengisahkan beliau berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang diculik.
Tempat ketiga milik filem komedi "The Incredible Burt Wonderstone," yang dibintangi oleh Steve Carell yang meraih $10.3 juta (RM32.10 juta) dalam minggu pertama tayangannya di pawagam.
Tempat keempat ialah filem “Jack and the Giant Slayer” yang meraih $6.2 juta (RM19.32 juta) pada minggu ketiga manakala tempat kelima ialah “Identity Thief” yang meraih $4.5 juta (RM14.02 juta).
Filem “Snitch” yang dibintangi oleh Dwayne "The Rock" Johnson pula meraih tempat keenam dengan kutipan $3.5 juta (RM10.91 juta).
Sementara itu, filem “21 & Over” di tempat ketujuh dengan mendapatkan kutipan sebanyak $2.6 juta (RM8.10 juta).
Filem "Silver Linings Playbook" di tempat kelapan dengan kutipan $2.6 juta (RM8.10 juta).
“Safe Haven” di tempat kesembilan dengan kutipan sebanyak $2.5 juta (RM7.79 juta) manakala filem "Escape from Planet Earth," meraih $2.3 juta (RM7.17 juta) di tangga kesepuluh.
AFP
Mon Mar 18 2013
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Pelakon watak New Goblin didakwa lakukan gangguan seksual terhadap pelajar
Sarah Tither-Kaplan dan Toni Gaal yang mendakwa Franco serta rakannya melakukan gangguan seksual terhadap gadis yang menghadiri kelas mereka.
'Child of God' bukan filem komersial
James Franco tidak mengharap filem arahannya mendapat kutipan pecah panggung.
'Oz' terus mendapat sambutan di Amerika Utara
Filem bajet besar -Oz the Great and Powerful- menjadi filem yang tertinggi di Utara Amerika pada minggu kedua berturut-turut apabila mencatat anggaran pendapatan $42.2 million (RM 131.52 million).