BEKAS aktres drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi dan suami, Muhammad Faizal Zakaria berjaya mengambil seorang anak angkat lelaki.

Berita gembira tersebut disampaikan menerusi perkongsian Abby di laman Instagram miliknya.

Rezeki. TQ ALLAH ❤️ Dah dapat. Baby Boy


Beberapa jam sebelum itu, Abby meluahkan hasratnya di laman Instagram untuk mengambil seorang anak angkat.