SELEPAS isu peminat bertelagah di laman sosial Instagram gara-gara K-Pop, Zara Zya sekali lagi mengundang cemuhan netizen kerana memakai baju terlalu ketat.

Ekoran itu, peminat yang kurang senang dengan tindakan Zara memuat naik foto berkenaan cuba menasihati pelakon itu untuk memadamkan gambar tersebut bagi mengelakkan provokasi lanjutan.

Lebih ekstrim, ruangan itu bukan hanya dicemari dengan komen-komen berbaur teguran bahkan kata-kata lucah.

Perbalahan tidak terhenti apabila Zara sendiri membalas komen netizen yang terlampau.

"Nak tegur biar beradab. Apa kamu rasa kalau orang cakap kat kamu macam tu?" tulis Zara.

Uols dah lunch ke? Sape nak belanja saya?