Pasukan 'Ethan Hunt' sedang bersiap untuk misi khas di Korea!

Pasukan 'Ethan Hunt' sedang bersiap untuk misi khas di Korea!
Tom Cruise, Henry Cavill dan Simon Pegg akan beraksi di dalam rancangan Running Man. - YouTube SBS

PASUKAN 'Ethan Hunt' sedang bersiap untuk misi khas di Korea!

Bintang filem Hollywood 'Mission: Impossible – Fallout', Tom Cruise; Henry Cavill dan juga Simon Pegg akan beraksi di dalam rancangan popular Korea, Running Man.

Hal ini sudah disahkan sendiri oleh pihak stesen TV SBS yang turut menerbitkan rancangan, Running Man.

Mereka telah memuat naik video 'teaser' di saluran YouTube mereka yang menyatakan bahawa Cruise akan beraksi dan melakukan misi bersama bintang-bintang Running Man dan ianya telah tular.

Perkara ini sudah lama berlegar di internet dan kini semuanya sudah pasti. Ramai peminat tidak sabar melihat aksi dan telatah pelakon 'Mission: Impossible – Fallout' itu bersama bintang Running Man.

Adakah kita akan dapat melihat ‘Superman’ Henry Cavill berlawan dengan ‘Spartan’ Kim Jong Kook ?  

Bagaimana Tom Cruise akan melayan kerenah Lee Kwang Soo ? Pasti hebat dan lucu nanti.

Menurut Soompi.com, ini adalah lawatan kali kesembilan bagi Tom Cruise, kedua bagi Simon Pegg, dan kali pertama bagi Cavill.

Kemunculan mereka di Running Man akan disiarkan pada episod 542 iaitu pada 22 Julai nanti.