Patrick Dempsey berhasrat menyelamatkan sebuah rangkaian kafe daripada muflis.

Ini merupakan salah satu cara Dempsey membalas budi masyarakat di bandar Seattle.

Pelakon itu kini dalam usaha menyelamatkan 500 pekerja francais kafe Tully's daripada hilang punca pendapatan.

Dempsey ingin membeli dan memiliki kafe tersebut yang kini berdepan tindakan muflis sejak Oktober.

Rangkaian Tully's terdiri daripada 47 buah kafe yang beroperasi di Washington dan California.

Permohonannya itu bakal ditentukan mahkamah pada 11 Januari depan.

Dempsey menempa nama menerusi watak Dr. Derek Shepherd dalam drama bersiri "Grey's Anatomy".