Pelakon Jan Michael Vincent, yang terkenal dengan siri televisyen 'Airwolf', telah meninggal dunia.

Beliau berusia 74 tahun.

Menurut sijil kematiannya, Vincent meninggal dunia akibat serangan jantung pada 10 Februari 2019, di sebuah hospital di Asheville, North Carolina.

Tidak dapat dipastikan kenapa ia mengambil masa beberapa minggu sebelum berita tentang kematian itu diketahui dan dilaporkan buat pertama kali oleh portal TMZ pada Jumaat.

'Airwolf' merupakan siri TV sekitar tahun 80an yang berkisar tentang misi memerangi jenayah menggunakan helikopter tentera berteknologi tinggi.

Vincent memegang watak juruterbang Stringfellow Hawke.

Beliau juga dikenali melalui peranannya dalam beberapa filem pada tahun 70-an termasuk 'The Mechanic'.